Friday 12 February 2016

The Market Of Feeling

UPU oh UPU...Hari ahad lepas dah siap isi UPU.Tu pun lepas berminggu-minggu aku dok pening kepala pikir kos apa nak ambik kat u nanti.Google sana google sini klik website tu klik website ni,aku jumpa kos fisioterapi ni.Macam best jugak.Sains tu memang la ada.Tak boleh nak elak la kan dah kau nak betulkan kaki orang yang lumpuh mesti la ada kaitan dengan biologi.FUHHHH

UPU pula ada 12 pilihan.12 mak kau.Banyak tu.Aku ni dah lah slow maths jadi kena la pilih kos yang tak ada kira-kira ni.Aku ambik TESL first choice aku sebab dah lama berhasrat nak jadi teacher atau journalist atau reporter.Aku minat benda-benda yang perlukan pembacaan and writing especially English.Dari sekolah rendah lagi aku minat.Insyaallah dapat la kot.Tapi tak expect sangat sebab result SPM tak keluar lagi.Lepas result keluar nanti kena update balik UPU sebab kena tengok entry requirement setiap kos tu.Tak boleh nak bantai je pilih sesuka hati sebab kena ikut syarat dia la kan.Tapi takpe dah buat yang the best kan so you will get the best for yourself la jugak kan.Jangan banding diri kau dengan orang lain.Rezeki dia so dia la yang dapat.Rezeki kau nanti Allah bagi.Sebab kemampuan kita dengan orang lain tak sama.Bagi aku la kan,tak penting siapa yang belajar kos bagus,atau dapat tempat belajar best.Yang penting bila kerja siapa paling banyak duit dan siapa yang paling menyumbang pada masyarakat.Kalau kau bijak tapi kau tindas orang lain,bila kau kaya kau aniaya orang susah,hidup kau tak berkat wei.

Bila kau susahkan orang,suatu hari nanti orang tu akan cari kau balik dan balas perbuatan kau tu.Kalau bukan dari orang yang sama,balasan akan sampai melalui orang lain.Bila kerja,buat kerja elok-elok.Jangan nak membusuk hati kat orang lain.Ada sorang akak ni cakap dekat universiti pun nanti,kau yang pilih kau nak berjaya dengan usaha kau atau kau nak tiru orang punya kerja.You decide what do you want to be.

So,choose wisely.The choice is yours.